...Jangan bersedih ketika kita kehilangan cinta, tapi bersedihlah ketika keimanan
kita yang hilang.. Itulah kita, lebih memberi keutamaan pada cinta sesama manusia
sedangkan bukan itu yang sebenarnya tujuan kita hidup...
Cinta membawa maksud pengertian yang berbeza dan meluas bagi setiap orang..
Dan selalu memberi tafsiran mengikut apa yang dirasainya..
Menyintai seseorang tidak semestinya akan memiliki dirinya.. Dan maksud cinta itu
sendiri kita akan melakukan apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan si dia
walaupun kadang kita terpaksa mengorbankan jiwa..
Dan ada kalanya kita harus berhenti menyintai seseorang dan membiarkan cinta
kita itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.. Kadang kita perlu
menerima hakikat, jika tiada jodoh di antara kita dan dia seharusnya kita lepaskan
dan lupakan cinta itu kerana lebih baik dan memberi harapan pada hati kita..
Sedangkan kita tahu dan menyedari bahawa orang yang kita cintai lebih bahagia
bersama dengan insan lain.. Masa depannya lebih terjamin, mengapa kita terus
menyiksa diri kita menanti dan menunggu satu kemungkinan yang pastinya akan
sia-sia kita lakukan..
Usahlah kita memberi satu keyakinan palsu pada diri sendiri, demi menyedapkan
rasa supaya bertahan dan menunggu cinta itu mekar dan di balas dengan cinta
jua.. Demi untuk bersama insan yang kamu rasakan perasaan yang hadir itu cinta
tapi kamu terus merosakkan diri kamu.. Merosakkan masa dan membazirkan waktu
waktu yang berlalu tanpa menerima cinta yang lain seolah tiada mata untuk
memandang hati ikhlas menerima kamu seadanya..
Sedangkan umur kamu tidak berhenti begitu saja, terus berjalan tanpa menunggu
kamu.. Dan sedang kini kamu masih menyendiri keseorangan dan sunyi yang
panjang.. Kerana masih tidak mahu melepaskan perasaan cinta yang tidak
berbalas.. Cubalah menerima kenyataan si dia bukan lagi untukmu..
Amat sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bahagia bersama.. Untuk
melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kita harus tabah dan
akur akan hakikat yang telah kita terima.. Kadang berbicara tentang cinta memang
mudah tapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk
menghadapinya
Berbicara tentang cinta memang mudah.. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua
merasai pahitnya cinta.. Bagi untuk melupakan cinta dalam hati memang penat bagi
yang mahu melepaskannya.. Tapi percayalah, cinta bukan segala-galanya..
Janganlah sesekali kita mengatakan kita tidak mahu lagi bercinta atas kerana
kekecewaan yang pernah kita lalui, berdoalah tawakallah kerana sinar cahaya akan
berada bersama kita sikit masa lagi..
BIARKAN PERGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment