PENAT! PENAT! PENAT!

Haihhh mmg x lar. dari semalam keje berjalan je aku nie.duit pun berjalan jugak.adoiiii. penat betul. tapi semalam jugak lar paling seronok.kitorang makan kfc.hakhakhak kenyang sampai terbuntang. dengan pasar malamnye lagi. tamak kan? tapi what to do..... kalau hati senang memang camnih lar jadik nye. ape pun tak bole.hahaha

GOOD BYE 2011. WELCOME NEW YEAR

EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. EITHER WE KEEP ON BLAMING, OR MOVE ON.
Then I try to move on. Please 2012, wish you give me the HAPPINESS.




I hope everything gonna be okey.  Leave 2011 with tears in it.  i regret what i've done.  hope God will bless me :'(

GOOD BYE 2011
Dear mom and dad. one day i will follow your rules. i want to make both of you happy with me.  please understand me this time.  it hard.  dont blame each other when you cant be the best parents ever.  THIS IS FATE! :'))

I WILL LOVE UNTIL THE END.  please i want you to swap my tears . only you mom and dad :))

TAKDIRNYA TERINDAH

Kesedihan yang lepas mungkin Tuhan akan balas dengan kegembiraan.  baru kita akan rasa nikmat bersyukur.  seperti apa yang aku alami dalam kehidupan.  sebenarnya semua mematangkan aku dan mengajar erti menghargai insan di depan mata.  YA keluarga aku yang paling aku sayang.

walaupun selalu berbeza pendapat tapi itu lebih merapatkan kami.  Hal yang sangat menggembirakan bila dapat makan bersama2 mereka.  mungkin hari terakhir dalam tahun ini perkara yang sangat bererti.  walaupun pada bermula dengan pertengkaran kecil.  tapi aku tak pernah salahkan mereka.  kan semua takdir ALLAH.  untuk menguji sifat sabar kita.  aku tahu semua tu.  tapi kan syaitan selalu dengan kita.

Aku tak salahkan abah sebab terlupa dan sekaligus rosakkan rancangan aku yang lain.  tapi sejenak berfikir.  siapa yang melupakan abah?? Tuhan.  jadi semua ini takdir.  mungkin ada hikmahnya.  bukti? kami makan murtabak dan nasi lemak bersama2 dengan gembira :')

mungkin bagi orang lain semua ni perkara kecil.  tapi bukan aku.  aku rasa sangat dihargai bila apa yang aku beli orang terima :')

SEKIAN! :)) I LOVE YOU MUM AND DAD!
OKEY MY MUM. MUKA TEPI SAHAJA.  :D
INI ABAH YANG SAYA SAYANG! HANDSOME KAN :D

IAM NOT CRY FOR THE ONE WHO DONT DESERVES MY TEARS :')

maaf jika aku sedih untuk seketika.  jangan salahkan aku.  cuma terleka dengan cinta dunia.  aku bukan berhati batu yang sering gembira walaupun sedih.  aku perlu semangat untuk kembali berdiri seperti dulu.

ketahuilah. aku menangis kerana menangisi perubahan diri yang mungkin payah untuk aku dapatkan semula.  mungkin semua terlihat aku tabah luarannya tapi seringkali hati menangis keseorangan.  YA! kecewa kerana aku selalu dikecam.  tapi siapa tahu hati ini sudah setipis tisu.  tidak semua orang boleh setabah ini mungkin kerana pengalaman yang mengajar aku untuk kuat.

kerana aku masih ada yang sayang walaupun cuma segelintirnya yang memahami perasaanku.  ku akur tidak mudah memahami orang PELIK seperti aku.

diam tak bermakna aku mengalah cuma ingin beralah kepada keadaan yang tidak mengizinkan.  moga suatu saat terlihat insan yang sudi memahami hatiku.

padahalnya mungkin keluarga yang paling rapat biasa disebut sebagai pelindung.  TIDAK SEMUA.  maaf kerana berselindung di sebalik semua rahsia.  sesungguhnya aku hanya mencari seorang yang memahami erti kesedihanku walaupun tidak terlihat di luarannya.  TIDAK BERMAKNA AKU SENTIASA GEMBIRA. :')

ANDAINYA MEREKA TAHU

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

UJIAN INI RAHSIA TERSEMBUNYI

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Terlihat, betapa lemah dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
JANGAN SAKITI ORANG YANG KITA SAYANG KERANA TANPA KITA KETAHUI ADA ORANG LAIN YANG SEDANG BERUSAHA MEMBUAT DIA TERSENYUM .